#PRAY4MH370 - Bahagian 2

Seorang kanak-kanak memerhati penerbangan MAS di KLIA
KUALA LUMPUR - Masuk hari ke-6 pencarian penumpang dan anak-anak kapal #MH370 dilihat masih menemui jalan buntu walaupun pelbagai bantuan aset diterima dari antarabangsa. Lebih merumitkan keadaan, pelbagai teori dan konspirasi semakin hebat digembar-gembur oleh orang ramai khususnya pihak berkepentingan sendiri dan suka menakuk di air yang keruh. 

Ruangan sosial media pula seolah-olah menjadi tempat melempiaskan hawa dan sarakah terhadap segala ketidakpuasan hati, fitnah, riak dan pelbagai lagi masalah penyakit hati sesama manusia. Namun yang parah memikul beban tekanan psikologi adalah keluarga penumpang #MH370. 

Perasaan mereka tatkala ini digambarkan bercampur baur dan ada yang dilaporkan mula pasrah dengan apa yang bakal terjadi. Begitu juga dengan pengamal media semakin bosan dengan kenyataan dan soalan-soalan tidak berjawab daripada pihak yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat. Acapkali soalan diajukan riak wajah para media berubah dengan jawapan penafian, info berulang dan bermacam lagi jawapan menghampakan. 

Sebab itu tidak hairanlah sekiranya berita yang dikeudarakan dan dicetak setiap hari intipatinya sama sahaja. Yang berbeza adalah cara olahan dan penyampaian berita tersebut. Kehangatan berita kehilangan misteri #MH370 semakin menyusut dari hari ke hari ekoran berita terkini yang disampaikan seolah-olah bercanggah antara negara-negara yang terlibat dalam misi menyelamat dan menjejak pesawat komersial milik Penerbangan Malaysia berkenaan. 

Salah seorang wartawan yang ingin mengajukkan soalan berhubung
perkembangan terkini operasi menyelamat dan menjejak MH370
Kekalutan ini menzahirkan lompang bahawa komunikasi kerajaan Malaysia dengan negara-neara terlibat seperti tidak diurus dengan baik. Mana tidaknya semua negara terlibat masing-masing mengeluarkan kenyataan sendiri atas sebarang penemuan atau petanda baru menjejak MH370. 

Lebih parah, selepas berita terbaru diu Dalam hal ini, semua pihak haruslah bertenang dan berfikir secara logik dan rasional. Kerana kita yakin pihak berkuasa sedang bertungkus lumus mencari solusi terhadap kehilangan misteri #MH370. Teruskan berdoa dan meminta agar semua urusan pencarian, menjejak dan menyelamat #MH370 dipermudah dan berjalan lancar. 

Untuk para pelajar khususnya mereka yang berminat dalam dunia kewartawanan dan ingin terlibat secara profesional dan beretika, ambil peluang ini dan perhatikan bagaimana wartawan sebenar mengajukan soalan kepada 'subjek' tanpa menyentuh sensitiviti pihak lain. Perhatikan dan belajar bagaimana wartawan penyiaran membuat siaran langsung menyampaikan berita ketika pemberita di studio berhubung dengan wartawan di lokasi kejadian. Ingat wartawan yang baik dan hebat adalah wartawan yang bertanggungjawab terhadap apa jua tindak-tanduk yang dibuat dan kesahihan fakta berita yang disampaikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah