Dunia terapung, Ha Long Bay - Bahagian 1

Vietnam - Keindahan panorama Ha Long Bay yang saya snap dari atas bukit
VIETNAM - Alhamdulillah kali ini saya dan isteri berpeluang menikmati keindahan panorama Ha Long Bay, Vietnam pada musim sejuk. Berada di Wilayah Quang Ninth dan sebahagian daripada Daerah Van Don menjadikan kawasan ini antara destinasi pelancongan paling menakjubkan di dunia. Sebab itulah pada tahun 1994 UNESSCO tidak teragak-agak menyenaraiakan kawasan ini sebagai antara tapak warisan dunia yang wajib dikunjungi dan dipelihara. 

Dengan keluasan 1,553 km persegi, Ha Long Bay dihiasi oleh hampir 2,000 formasi batuan yang terpacak tinggi dan seaakan-akan pulau-pulau kecil dan unik. Formasi ini pula dikatakan mengambil tempoh 500 juta tahun untuk kelihatan seperti sedia ada. Setiap formasi batuan pula dihuni oleh 14 endemik spesis flora dan 60 endemik spesis fauna yang sesuai berasimilasi dengan iklim tropika Asia. Ha Long Bay ("Ha Long Bai" sebutan dialek tempatan)juga terkenal dengan artifak sejarah berusia lebih 10 juta tahun lampau yang banyak ditemui di Bukit Bài Thơ, Gua Đầu Gỗ, Bãi Cháy. 

Kesemua artifak sejarah tersebut kini tersimpan rapi di muzium Vietnam. Walaupun Vietnam masih lagi mengamalkan dasar pemerintahan komunis namun, pada hemat saya sepanjang bercuti 5 hari 4 malam, pelancong masih lagi merasa selamat untuk berjalan dan melawat tempat-tempat menarik di sana. 

Syukur 

Apa yang mengujakan saya dan isteri melancong di teluk ini ialah, selain suhu pada ketika itu sejuk
Keadaan bilik kami bermalam di dalam cruise 5 star 
(9'c - 20'c), kami juga berpeluang tidur di atas cruise dengan bermandikan cahaya bulan penuh yang indah (seakan-akan bulan purnama dalam filem Twilight : Breaking Dawn Part 1 di mana Edward dan Bella mandi bersama di pantai ketika berbulan madu di pulau Esme, Brazil iaitu pulau yang dihadiahkan oleh Carlisle Cullen kepada isterinya, Esme Cullen). 

Lebih menambah kesyukuran dan keghairahan kami pada ketika itu lagi ialah, ia adalah bulan kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W, bulan kelahiran saya dan waktu subur isteri saya. Kami memang berharap agar usaha menambah ahli keluarga kali ini berhasil. Justeru, sepanjang bermusafir di sana, saya dan isteri tidak putus-putus berdoa, solat hajat, solat dhua, zikir dan baca al-Quran. Solat fardhu tak usah cakaplah memang tak kan tinggal langsung. Sepanjang masa kami bersyukur dan berzikir. Walaupun usaha kami di sana belum berhasil sekembalinya kami ke Malaysia, kami tahu dan yakin Allah punya rahsia yang hanya Dia Maha Mengetahuinya. 

Perancangan 

Kindahan dan kekuasaan Ilahi yang tidak mungkin kami lupakan
Idea percutian ini saya dan isteri rancang bersama selepas projek awal kami sukses dan dapat pembayaran. Cuma untuk urusan tempahan tiket saya serahkan bulat-bulat kepada isteri memandangkan dia sangat teliti dan bijak mencari maklumat di internet. Hasilnya untuk penerbangan ke dua tempat di Vietnam iaitu Hanoi dan Ho Chi Minth menaiki Vietnam Airlines kami hanya membayar RM400 untuk penerbangan pergi balik ke dua tempat berkenaan. 

Manakala untuk penginapan, makan, shopping dan transportation sepanjang berada di kedua-dua tempat termasuk perjalanan dan penginapan di atas cruise di Ha Long Bay lebih kurang RM2,000. Memandangkan banyak tempat yang menarik untuk dilawati berdekatan dengan hotel kami menginap, Hotel Aranya kos untuk ground kami kurangkan. Cuma ketika di Hanoi masalah utama ialah mencari makanan halal. 

Alhamdulillah ketika sibuk mencari restoran makanan halal, seorang Muslim tempatan yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Ali (Nguye Nanh) bersedia membantu kami mencari kedai makan (Restoran Halal) yang betul-betul berdekatan Masjid Al-Noor yang terletak di 12, Hang Luoc Street di tengah-tengah bandar Hanoi iaitu berdekatan dengan Dong Xuan Market di Jalan Hang Da.

.....bersambung di Bahagian 2

1 ulasan:

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah