Janda Baik hilang dara, Pahang

Pahang - Hutan simpan Pahang yang semakin hilang dara
MALAYSIA - Gambar ini sempat saya snap ketika pertama kali berkunjung ke Janda Baik. Ketika itu saya masih berada di tahun kedua pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kewartawanan. Apa yang menarik perhatian saya tentang pokok ini pastinya pertama adalah ketinggiannya berbanding pokok yang lain. Disamping itu juga, ketika saya hendak snap pokok ini, awan yang melatarinya seakan-akan kanvas atau lebih mudah difahami pokok tersebut seakan-akan sebuah lukisan.

Walaupun angle yang saya ambil dan subjek dipilih adalah sangat biasa namun memori disebalik gambar ini sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bak kata beliau saya..."kalau aku dapat ceritakan dengan kata-kata apa yang aku nampak dan rasa sudah pasti air mata mu boleh mengalir".  Tambahan pula, Janda Baik ketika itu sangat menggiurkan dengan hutannya yang menghijau dan `lebat', suhunya yang sejuk, aliran sungainya yang jernih dan kicauan burung yang merdu dan ikhlas. Tetapi kini janda baik bukan sahaja hilang `dara' malah saban hari digomol dan diperkosa atas dasar pembangunan dan pelancongan. Gambar ini pernah dipamerkan sempena Festival Pelancongan dan Fotografi MARA 2013.









0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah