Kota Keriangan, Singapura

Singapura - Tiga gadis ini bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam persembahan mereka malah sangat professional dalam melayan para pengunjung yang datang ke Universal Studio.


SINGAPURA - Jika dahulu jolokan kota keriangan seringkali dikaitkan dengan Genting Highland, Pahang kini keriangan tersebut telah beralih ke Singapura apabila negara singa tersebut berkolaborasi dengan pencetus filem-filem hebat Universal Studio dengan mewujudkan taman tema yang diadaptasi daripada filem-filem blockbuster seperti Transformer, Shrek dan bermacam lagi filem dan animasi yang pecah panggung.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bukan sahaja set yang digunakan dalam taman tema ini menarik dan mengkagumkan tetapi mereka yang bekerja juga sangat berkeyakinan tinggi seolah-olah mereka sangat suka dan bergembira dengan tugas mereka sebagai penghibur. Ditambah lagi dengan elemen-elemen inovasi dan teknologi tinggi menjadikan kota keriangan di Universal Studio, Singapura ini tidak sunyi dengan gelak tawa dan makanan yang mahal-mahal. Pun demikian, saya dan isteri sangat berpuas hati dengan pengalaman semasa berkunjung ke sini disamping menikmati ayam turki yang sangat lazat.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah