Keindahan Laut di Jeti Pakalangan, Semporna

Sabah - Keindahan ciptaan Ilahi begitu memukau di Kampung Pakalangan, Semporna yang sempat saya snap ketika balik ke kampung mak menyambut Aidilfitri 2013

MALAYSIA - Bagi mereka yang suka merantau atau melancong ke merata tempat, pastinya mereka telah habis meneroka keindahan muka bumi di tanah kelahiran sendiri. Berlainan dengan saya, sungguhpun ramai yang memperkatakan bahawa Sabah dikelilingi dengan keindahan muka bumi yang menarik namun hakikatnya saya belum habis mengelilingi 360 darjah Negeri di Bawah Bayu itu. Jangankan ke Pulau Manukan, Siapadan atau Mabul, mendaki Gunung Kinabalu pun belum pernah. Walhal Semenanjung Malaysia yang dibahagikan dengan beberapa negeri itu hampir kesemua pelosok tarikan pelancongan telah saya jejaki.

Alhamdulillah.. sambutan Aidilfitri tahun lepas saya berkesempatan untuk melihat keindahan lautan Kampung Pakalangan yang terletak di antara Kampung Bukit Aman dan Kampung Pokas di daerah Semporna, Sabah. Rata-rata penduduk di perkampungan Bajau ini bekerja sebagai petani manakala aktiviti maritim hanyalah mengisi masa lapang atau hobi masing-masing. Apabila air pasang, jeti di atas akan menjadi daya tarikan anak-anak muda di perkampungan tersebut untuk bermandi-manda.



   












0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah