INDONESIA - Seni bina rumah orang minang atau rumah gadang di Padang, Bukit Tinggi, Indonesia sangat unik kerana atap rumah berkenaan yang seakan-akan tanduk kerbau. Bukan itu sahaja rumah tradisonal berkenaan sebelum ini dikatakan dibina tanpa menggunakan paku melainkan hanya diletakkan sendal agar setiap bim dapat menyokong antara satu sama lain. Pembinaan rumah ini perlu dilakukan dengan teliti dan ukuran yang tepat bagi mengelak ketidak stabilan. Rumah ini dihuni oleh beberapa keluarga seakan-akan rumah panjang di Sarawak. Jika diperhatikan terdapat empat pondok kecil terletak di bahagian halaman rumah gadang yang berfungsi untuk menyimpan bekalan makanan kerana dilaporkan rumah ini kerap berlaku kejadian kebakaran. At least jika berlaku kebakaran mereka tidak lah kebeluran. Apapun semua ini adalah anugerah Allah Yang Maha Kaya dan Pemurah. Kenali Islam dengan lebih dekat di sini. Gambar ini diambil ketika bercuti bersama isteri dan beberapa orang rakan pada 17 Mei 2013.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan