Lautan Emas, Port Disckson

MALAYSIA - Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Kaya. Keindahan laut Port Dickson yang seakan-akan hamparan emas sememangnya tiada keraguan lagi. Pantai ini seringkali dijadikan tempat berbulan madu oleh kebanyakkan pasangan muda selepas diijab kabulkan. Pemilihan pantai ini bukan sahaja kerana kecantikan pantainya tetapi aktiviti dan makanan kampung yang jarang terdapat di kawasan ini. “Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan darinya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai. Dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaan-Nya, serta supaya kamu bersyukur.” (an-Nahl: 14). Semoga Allah menambah nikmat dan keredhaannya kepada kita. Gambar ini diambil pada waktu senja ketika bercuti bersama isteri pada bulan Mei 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah