Kuda Kepang dan Alam Mistik

JOHOR - Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam yang begitu terkenal di Negeri Johor. Dikatakan tarian kuda kepang tradisi memiliki banyak jampi serapah, dan pemain yang menarikannya boleh menjadi lupa. Mata penari yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda.

Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu. Mereka yang dirasuk dikatakan mampu melakukan perkara-perkara merbahaya seperti memakan kaca atau juga mengupas kelapa
muda menggunakan gigi sahaja.

Penulis berpeluang menyaksikan persembahan tarian kuda kepang tradisi ini dengan bantuan seorang kenalan yang telah membawa penulis sesi keluarga berkunjung ke Sungai Rambut, Ayer Hitam, Johor. Memang menarik tarian tersebut ditambah dengan paluan gong dan kuling tangan yang boleh membuatkan sesiapa mendengarnya jadi leka.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Buy lah

Follow lah



Paid Ads lah